Perang Sem 2
Jangan x tahu atau buat2 tahu bhawa lepas perang dunia ke2,
wujud satu zaman revolusi yg dinamakan perang sem 2. Perang ni melibatkan budak
kos undang2 dan ilmu wahyu di dalam kelas yg ber-aircond sejuk seperti di peti
ais freezer.
Yg specialnya perang fasal perang ni, dia x perlu machine
gun untuk tembak kepala minachi, x perlu juga grenade bomb untuk nyanyi lagu 21
guns. Tapi perlukan talam dua muka sambil mata menjeling penuh makna. Dan tangan
kepal penumbok di bawah meja. Dan talam tu janganlah di curi dari kedai
minachi, tapi mintaklah izin dulu .. kan 1 malaysia ..
Budak undang2 hanyalah satu perlima drpada bilangan sekelas,
tapi hingar bingarnya .. masya Allah .. boleh runtuh KLCC, boleh roboh pintu
batu belah batu bertangkup, boleh gugur bulu kening david beckham. Campaklah
kitorang kat mana pun, tengah jalan, kat kafe, depan kolej, orang sekeliling
sampai berdarah2 telinga dek tak tahan dengan kebisingan kitorang. Sharul kata
apa dalam kelas sem lepas .. “aku dah biase dengan gelak2 hangpa yg rupa guruh
tu”
Tapi sem 2 ni bersama budak2 ilmu wahyu, yang alim
mengalahkan imam muda dan ustazah pilihan tu, kami mula2 memang shocked. Tapii
.. lepas seminggu mulut kene zip, terburai dah pun zip tu, x tahu hilang mana
kunci dia. Kami buat perangai sama mcam sem lepas. Kelas ni kami yg punya,
gelak x mengira waktu, waktu terjemah buku arab mula buat onar, cucuk sana
sini. Siap nyanyi lagu doraemon berjemaah. Tangan mengepak2 macam ayam kene
palu.Tapi bila bukak sesi soal tanya, kami lah paling semangat sekali bertanya.
X menyempat2 ustazah nak jawab.
Sampaikan brother slalu buat “shhhhh ..” kat kami. Tepat
kene batang hidung. Perghh .. nasib baik hidung x berapa mancung. name pun
budak laws, mane pernah senyap. Pantang di kondem sikit pasti di balas. “pegi
kedai beli ayam berbulu, rilek la dulu” perghh .. si brother kemeja kelabu tu
pun mengurut2 belakang badan
brother baju blue black. “Sabar sabar ..” yg brother blue black tu memang
menyenget kening dia sambil merengus2.
“حسنا .. من تقراء هذه القطعة ؟ “ .. tak lama
itu, “mutmainnah ya ustazah ..” ini memang satu perdajalan untuk aku. Ciss ..
sempat aku jeling panas kat brother blue black tu. Kawan aku dah mengekek ikan
kekek gelaknya pada aku. Berdiam diri pabila diperdajal oleh orang, that is not
my style. hermm .. Kau tengoklah kau siaplah brother, nahas kau.
Kelas lepas2
itu memang aku target dia je. dah la dia memang talkative orangnya. dalam kelas
bila ustazah tanya pape contoh fasal course yg available kat uia ni, pasti
course undang2 yg disebut2 oleh mereka. sambil sengih2 kerang busuk, konon
carik gaduh dengan kami. Cisss .. nahas betui deme ni. style aku yg suka balas
dendam ni dah berjangkit kat semua budak undang2 yg lain, kome siaplah. Pasni takkan
kami senyap dalam kelas dan gandakan gelak kami biar hangpa koma seminggu.
Tengoklah sape menang nanti.
Satu hari
terjadilah pertandingan debat bahasa arab antara kami sekelas. Bila ustazah
tanya siapa nak berlawan dengan kami budak undang2, semua hanya melangut buat
muka blur. Konon x heran dengan kitorang. hek ele kerek je ..
Sedang debat berlangsung, muncul seorang pendebat dari kos
ilmu wahyu yg suaranya besar seperti x perlukan speaker di corong2 masjid.
Seusai dia berkata2 hujah, tiba2 guruh berdentum kuat seolah2 menyamai suara dia
yg kuat gila tu. Kitorang budak undang2 yg memang dah semulajadi mempunyai sel ketawa terlebih
di telinga kiri, pantang dengar apa pun pasti ketawa. Kitorang pun gelak dengan
suka hepinya. Sampai berpusing2 kerusi kami duduk. Dua orang brother pandang kitorang
dengan muka panas membara. Seperti baru dicelup dalam minyak panas goreng
cekodok. “ape entah yg lawaknya ... ?? gelak saje ..”
Dalam hati aku muncul rasa pelik, apa deme ni x dengar ke
bunyik lawak tadi. Deme yg telinga x sensitif, salahkan ibu mengandung pulak. Tapi
kami sambung je gelak tawa saje nak bagi brother2 sekalian tu panas hati.
Kadang2 sengaja kami buat hidung tinggi. Tunjuk belang budak
laws ni hebat. Satu hari ustazah suruh kami I’rab surah al-fatihah. Berbekalkan
nota ustaz fahmi amin pada sem lepas, kami berjaya buat I’rab dengan jayanya.
Siap dapat pujian langit tinggi menjulang drpada ustazah. Kalah langit ayah pin yg
entah apa2 tu. Kembang kempis hidung mereka menahan ke-jealous-an yg teramat
sangat. Hehehe. Itu baru sikit.
Kadang2 sengaja kami meninggi diri dan memuji diri depan2
deme. Pastu tawa berderai lagi. Sudah pasti ada yg meluat tahap nak muntah
hijau punya dengan perangai kami. Sudah pasti ada yg mengutuk di dalam hati
walaupun depan muka nampak senyum sokmo. Sudah pasti ada yg terasa ingin
menghalau kami dari kelas. Sudah pasti ..
Deme x seperti Sharul yg penyabar dan akhirnya faham dengan
perangai kami. Deme juga x seperti classmates kami yg lain pada sem lepas .. yg
sokmo join kami gelak sama2 sampai tersedak2. Sebab deme x sama fikrah, x sama
course dengan kami. Deme x mengetahui bahawa budak undang2 dan mulut pot pet
pot pet memang x dapat dipisahkan. Kitorang pun dilatih dalam kelas untuk
selalu buat debat x rasmi. Bukan kelas je, boleh jadi terbawak2 di tempat lain.
Tu yg buat telinga orang lain berdarah2 tu.
Tapi sekecoh2 kami pun, kami selalu bertanya dan bagi respon
dalam kelas. Sejahat2 kami pun, kami bagi kerjasama bila ada apa2 event nak
dijalankan. Setinggi2 hidung kami pun, kami
x pernah riak dengan apa yg ada. Sembang je bajet macam takabbur sangat.
Sehantu2 kami pun, kami enjoy dengan cara hidup kami. Kami sentiasa happy
walaupun kadang2 ade sedikit guris di hati. Tapi guris tu hilang begitu saja
dengan ketawa riang lepas tu .. that is what we call life. Style is our life.
0 Miku Slippers | Fly with miku |