sempena maulidur rasul
Kalau diukur ilmu aku, bulu-bulu di batang mop pun lagi
banyak. sudilah kiranya tuan hamba membacanya, jikalau tuan hamba berada dalam
masalah dan tension.
Nabi Muhammad saw kematian bapanya, Abdullah bin Abdul
Mutalib semasa Baginda berada dalam kandungan ibunya lagi. Langsung tak pernah
tengok wajah bapanya. Tidak berapa lama kemudian, ibunya pulak Aminah bt
Wahab wafat.
Rasulullah yg masih berumur 6 tahun, baru nak
mengenal dunia dah kehilangan kedua orang tuanya ! betapa
sedihnyaa kalau kita jd Nabi. dah la takde adik-beradik.
Baginda diasuh oleh Ummu Aiman, disamping berada dalam
jagaan datuknya, Abdul Mutalib. Lebih kurang 2 tahun selepas itu, datuknya
pulak meninggal dunia.
Sudah la kematian ibu, bapa dan datuk. Dilatih pulak membuat
pekerjaan yg paling mencabar kesabaran, iaitu mengembala kambing. Kambing dah
laa binatang yg degil gila nak mampuih. sabarnya Nabi kita ..
Kendian, salah seorang bapa saudaranya, Abu Talib pula
menjaga Nabi. Beliau menjaga Nabi dengan sepenuh hati dan sentiasa menyokong
kerja dakwah Nabi, walaupun dia seorang yg kafir.
Setelah dilantik menjadi Rasul pada umur 40 tahun, Nabi
memikul tugas dakwah yg sangattt berat. Tengok laa kaum Quraisy kat mekah masa
tu. SUPER jahil, jumud, dan 0% pengetahuan tentang Islam.
Lain laa dengan kerja dakwah kat Malaysia ni, non-muslim ada
jugak pernah dengar pasal Islam. ini kaum Quraisy ! dah la maksiat dan syirik
pada Allah dah sebati dalam jiwa deme.
Nak ke deme terima agama baru ?
Rasulullah banyakk menghadapi mental torture - kene maki,
caci, hina, fitnah. physical torture pun ada - dibaling batu sampai berdarah,
diletakkan faeces unta time tengah solat, dan macammm-macammm lagi.
lepas satu2 ujian yg Allah bagi pada Rasulullah, sejak
kecil mak-bapak takde, dah besor pulak menghadapi siksaan dari orang2 kafir, bayangkan laa betapa dahsyat Baginda diuji ??
sementelah dakwah
Islam mula berkembang, Pada tahun ke-10 selepas kerasulan, datang satu lagi
ujian yg membuatkan Baginda tersangat sedih sehingga dinamakan tahun itu
sebagai “Amul Huzni”
Rasulullah saw kehilangan bapa saudara yg menjaganya sejak
kecil, dan tak lama kemudian kehilangan pulak isterinya, Khadijah bt Khuwailid
dengan meninggalkan 6 orang anak.
Allahuakbar kabira. Sirah hidup Rasulullah penuh dengan
ujian.
Then we point out a question, adakah Allah itu kejam ? bagi
banyak sangat ujian dan kesusahan kpd Rasulullah saw dari kecik smpai besor ?
The answer is NO !!
Allah swt datangkan ujian bersama nikmat, seperti yg Allah
janji dalam surah al-Insyirah ayat 5 dan 6. Allah telah mmpermudahkan urusan
dakwah Baginda, melembutkan hati orang-orang kafir, yg kalau kite pikir secara
logiknya, mustahil deme boleh terima Islam.
Allah juga telah menggembirakan Baginda dengan peristiwa
Israk Mikraj, Allah mengkabulkan permintaan Baginda, memuliakan Baginda dengan
kefardhuan solat 5 waktu, dan banyakk lagi.
Jadi.
Allah datangkan Rasulullah sebagai contoh yg terbaik kpd
kita. Spt firman Allah dlm surah Al-Ahzab ayat 21.
Kalau Baginda pun mampu menghadapi segala kesusahan dalam
hidupnya, bermakna kita juga boleh menghadapi kesusahan dlm hidup kita dgn
cekal dan tabah ! Lagipun .. apelah sangat kesusahan yg kita hadapi tu. tak standing
langsung dgn apa yg Rasulullah hadapi.
Then we point out an issue, bagaimana dengan cerita Abu
Talib ?
kepada para muallaf
yg merasa sedih tidak dapat mengajak ahli keluarga masuk Islam, walaupun sudah
pass away, look at how the Prophet tried so hard mengajak bapak sedaranya Abu
Talib utk masuk Islam bertahun-tahun lamanya.
tapii ... he couldn’t make it. Sampai laa Abu Talib
meninggal dunia. Sebab apa ? hidayah tu milik Allah. Dan Allah sahajalah yg
Maha Mengetahui hikmah disebalik semuanya.
Then we point out an issue, alaa Nabi boleh la hadapi ujian
susah2, sebab Baginda seorang NABI. Bukan manusia biasa macam kita.
Mane boleh compare mcam tu. Walaupun Baginda seorang Nabi,
doa serta-merta dikabulkan, kekasih Allah, tapi hakikatnya Baginda juga seorang
manusia biasa macam kita, dan Allah tetap memberi ujian.
Kalau kita asyik mmpersoalkan Rasulullah itu seorang Nabi, okay lar cuba tengok contoh peristiwa Baginda diuji
di Taif.
Rasulullah saw dilempar dengan batu2 sehingga berdarah-darah
tubuh Baginda. Kalau Baginda hanya fikirkan kebaikan dirinya sendiri utk
menghadapi ujian tersebut,
tanpa mengira apa kesan kpd penduduk di Taif itu, dah tentu Baginda akan mendoakan kehancuran deme time tu jugak. bukan Rasulullah tak tahu keistimewaannya sebagai Nabi, doa sentiasa dikabulkan Allah. Tapi Rasulullah tak nak buat camtu ..
sebab apa ?
that’s why I said earlier, Rasulullah saw adalah contoh.
Rasulullah tak nak bila kita menghadapi satu ujian, kita nak
kebaikan pada diri kita sorang je. so .. kita hanya doakan supaya dipermudahkan
ujian itu kepada kita. Tapi kpd orang lain, biar lantak je. biar dia mati
penyek pun takpe.
Tak paham ?
Okay one example ujian yg kita hadapi, kita kena fitnah. Tapi
kita nak problem tu settle kat kite sorang je. orang2 yg fitnah tu biarlah
dapat dosa.
So kita doa kpd Allah.
“ya Allah permudahkanlah ujian ini kepadaku. kuatkanlah aku
utk menghadapinya”
Tapi dalam masa yg sama kita tak doakan pun utk pemfitnah2 tu.
“ya Allah berilah hidayah kepada orang2 yg memfitnahku. Semoga
deme sedar dosa itu dan bertaubat ya Allah”
Kenapa kita tak ikot apa yg Rasulullah buat sewaktu
menghadapi ujian ?
Dah tu kita terus nak persoalkan Rasulullah tu seorang Nabi
?
Tak nak tahu rahsia, macam mane Rasulullah boleh tabah
dan cekal menghadapi ujian ?
Okay cuba bandingkan amalan Rasulullah saw dengan amalan
kita. Rasulullah selalu solat malam, solat sunat sampai bengkak2 kaki, banyak
berzikir dan mengingati Allah, berakhlak mulia dgn semua orang, dan banyakk
lagi.
kita ?
Dah kalau amalan soleh pun celup-celup je macam mane nak jadi
setabah Nabi.
Seperti yg Allah janji dalam surah Ar-Ra’du ayat 28. Amalan soleh
yg kita buat bukanlah sebab pahala semata-mata. Tapi amalan soleh jugak boleh
membuatkan hati kita tenang, dan semakin dekat dengan Allah.
So that hati kita akan jadi tabah, cekal dan sabar seperti
Rasulullah. itulah rahsianya ! walaupun kita mustahil akan dapat jadi setara
Nabi, tapi tak salah kalau kita cuba utk mencontohi Baginda.
Jadi.
Pengajaran terbesar ialah, janganlah putus asa dengan hidup.
Sebab Rasulullah saw lebih banyak dan berat ujiannya drpd kita.
Kalau susah nak compare dgn Baginda pun, okay lar cuba tengok
orang lain di seantero dunia, Syria, Afghanistan, Somalia, Palestin dan lain2. Kemudian
teruslah putus asa dengan hidup.
Allahumma solli 'ala Saidina Muhammad. wa'ala alihi wasohbihi wasallam. salam maulidur rasul 1435 H. 0 Miku Slippers | Fly with miku |