m iku l icious


HOME ABOUT LINKS STUFF FOLO DASH

Raya tak seberapa
Teka teki teka tekok, Dalam banyak2 raya, raya apa yg paling tak seberapa ? raya pada tahun ini, 2013 ! citer dia ramai abang dan kakak yg dah kawen, dan tahun ni bukan giliran rumah aku, jadi masing2 balik ke rumah mertua deme.

Raya pertama rendang dan nasik impit mama masak sangat ranggi dan lazat tak terhingga, jadi aku balun sampai 4 round. Nak pergi beraye pun dah x terjalan rasenye. So I ended up with facebooking dan merepeking dlm twitter. Nak tengok tv pun takde mood, memandangkan hanya banyak setan yg menari2 dan berjoget dlm tv tu.

tiada bergila2 depan kamera, tiada hari ziarah menziarahi, tiada sesi mintak duit raye sambil tersengih kerang dan bersalam-salaman. Kelihatan bapak dan abang sulong pun sama situasi seperti hari2 biasa .. menghadap laptop tak gerak2 walaupun sekali sekala mengaduh sakit pinggang. Thats typical engineer. Aku dah paham sangat dah .. What a fag ! raya pertama tak rasa seperti raya langsung.


Raya kedua para kurma + ketip kuku dan buah oren sangat gedik, menggoda2 aku supaya dimasukkan kedalam goodies bag. Hari raya kedua baru ramai siblings yg balik. Rase mcam nak pecah rumah !

kanak2 berlari-larian gembira sebab exam pun takde, ada juga yg mengamuk nangis sebab jiwa sensitive, tak kurang orang dewasa pun terjerit-jerit memanggil di celah2 kebisingan tu, tak kurang ade yg tak berapa betul suka gelak terdekah2 sampai hilang suara, ada jugak yg suka mengusik dan selalu jadi mangsa cubitan .. aku rasa dinding rumah pun semakin retak2 ..

but all of us were sooo busy ! doing all sorts of preparation for kenduri abang Iman besok. Masing2 tak menang tangan. Semua benda settle dalam masa sehari, tak memberi peluang kpd mata aku utk terkatup dan melayan mimpi indah.

Malam tu kakak beli kfc berbakul-bakul and we were having a feast together. terase sangat meriah. Rumah jangan cakap sepah gila, itik belakang rumah pun jadi konfius nak bertelur kat mana. Sume orang bekerja keras harini. Sekeras kepala aku yg kadang2 suka nk ikot mood sendiri. Well done.

Raya ketiga ramai orang sudah menggosok2 mata pada jam 8 pagi. Penat lelah semalam masih bersisa, kucing pun awal datang mengiau mintak sisa makanan. Macam biasa peranan aku dan adik jadi tukang beri goodies bag sambil nyeghongen menampakkan gigi yg tak berapa nk putih, tapi tak mengapa sebab hati sudah tulus murni. 

Tetamu harini agak tak ramai, maklomlah Hari raya ketiga kan. semua gembira pulang ke kampung. Bapak tepuk dahi, teringat kata2 mama, “tulahhh dah cakap tak payah bajet ramai2. Mesti ramai orang tak datang punya”





Tapi tetap tak menggugat kehenseman dan kejelitaan si pengantin, merpati dibelah dua. Tapi burung merpati tu kasi chance kpd buah pinang, maka pinang dibelah dua lah jadinya. Tema turquoise kenduri jugak lah jadi tema baju raya kitorang tahun ni.

Jam 4.00 pm, hujan lebat menyimbah-nyimbah awan nano. Aku mengejar adik yg sibuk berlari keluar dewan. Angkat kotak2 goodies bag yg hampir tempias. Sesudah kenduri mengundur diri, all of us pulang ke rumah dan .......

Ya, Raya ketiga barulah nk tangkap gambar raya. Ya, semakin ramai manusia dalam keluarga, semakin payah nak bergambar sekali. Ada juga budak2 yg buat perangai, mak bapak pun turut nak memujuk, jadi hasilnya gambar yg kucar-kacir. =___=




Sesi bermaafan pun baru nak dibuat. Mujur abang kakak aku dah bekerja, jadi bab duit raya tak menjadi isu sangat. cuma tak nyempat2 lagi nak beraya rumah orang ni. besoklah. Besok .... ?

Raya keempat pukul 11 am aku rasa lain macam mual2 dia. perut pun rasa senak. Semakin panas matahari diluar, semakin panas rasa kepala aku. rasa bengong jee semacam ada ahli sumo bersemayam di atas kepala aku.

Sambil tu dok ligat berfikir .. ape yg aku buat semalam sampai rase nak demam ni ? .. “hujan lebat meyimbah-nyimbah awan nano. Aku mengejar adik yg sibuk berlari keluar dewan. Angkat kotak2 goodies bag yg hampir tempias.” Ohh yaaa .. !

Sepanjang hari itu tiada sesuap nasik pun yg bertandang kedalam perut. Hanya bubur semangkuk, air mineral dan ubat. Teka teki teka tekok, dalam banyak2 demam, kali ni antara yg paling teruk. Nak solat pun tak boleh berdiri gagah. 

Abang Mus pun turut demam. Kami sama2 terbujur kaku melintang patah. Mujur kakak dan adik tak demam, deme jadi orang gaji kami berdua. Malam itu aku betul2 tak berdaya. Makanan tak masuk2 hanya bnyak yg keluar. Tidur je lah yg mampu sambil doa semoga bangun tengah malam ni nak solat isyak.

Raya kelima aku dan abang masih demam. Tak peduli apa rancangan tv, siapa yg datang beraye, apa yg mak aku masak, apa yg terjadi dengan rumah aku. Jam 2 ptg, Semakin panas terasa kepala nii. Sangat panas !! mata aku terasa sakit nk dibukak, orang kata apa .. tarik ? ya Allah. azab betuii rase.

Raya keenam aku dah baik demam, tapi masih muntah lewah. Tapi terpaksa guard rumah memandangkan ada situasi mama terpaksa balik ke penang, i become a full-day mama. aku masak tapi aku yang tak makan. lunch hanya minum nesvita, tu pun keluar balik sejam lepas tu. 

pada malam itu, sedang sibuk prepare dinner, ada bunyik kereta mengaum dan sekali-sekala berdehem. aku menjenguk, ohh kawan sekolah abang Mus. aku kenal jugak. kejap .... deme nak datang beraye ke ??!! 

i pretend to be relax. takat buat air sudah laa. yg paling aku hangin sekali, deme datang tak kabor =___= klau ikot aku kasi air kosong je, tapi memikirkan aku kenal deme, aku tak tergamak. 

kuey teow pun takde, mee pun habis, sayur pun lesap, gula pun melarikan diri, mama pun takde. all of those important things absent during this urgent time, makes me really want to shout n cry ! 



tapi aku try jugak be relax. maybe mama so urgent tadi, forget many things. maybe ni masa utk menguji tahap emosi dan kepandaian aku melayan tetamu .. DEHECK LAA

mujur stok maggi masih banyak, first time dlam hidup buat maggi goreng, pakai campak je ikot sedap hati aku. tapi ia sangat2 melegakan bila abang kata maggi aku sedap. wuu. 

aku melepaskan lelah sekejap, take a break. tiba2 mai mesej .. "salam, kepada sume president hisbah. jgn lupa program medes selepas raya..." . betui2 DEHECK QQQQ 

Raya ketujuh, seawal 7 am aku keluar dari rumah dan bergerak menuju ke Kuala Lumpur. first time travel awal pagi camni sorang2. abang n ayah still busy with their works, so aku malas nk kacau. lagipun 2 jam je perjalanan. enter pondok guard uia, dia buat muka macam nak kasi penumbuk. aku get ready je dgn mate sembap, dan beg pakaian yg berat di tangan kiri.

"dari mane ni ?" rumah. saya baru baik demam.
"demam raya ke ? .. tu dalam beg tu kuih raya ? bak sikit" -silence-
"duit raya mane ? bak la sikitt .." -silence with fear-
"hahaa main2 je laa .. masuk la" -cissss !! fufufuffu-

anyway all praises be to Allah. selamat jugak sampai ke Uia. selamat jugak aku drpada demam. beginilah citer raya kali ini, sangat masam dan pedas. huhu

-TAMMAT-







2 Miku Slippers | Fly with miku