kad kredit
Sweet 20. Kalau camtu aku umur 45 pun masih tetap sweet,
entah ape-ape istilah ni. kata orang bila dah masuk 20 ni sudah cukup dewasa. Dan
PLEASE MAKE ME BELIEVE !!!
Semalam aku tanye mama, cemane nak guna kad kredit, tiba-tiba aku jadi nerbes memikirkan.
adakah aku akan pakai kad kredit nanti ?
aku akan beli rumah sendiri ?
drive sendiri pergi kerja ?
beli bahan dapur sendiri, masak setiap hari ?
kawen ? duduk dgn orang asing ?
bela budak kecik yg tiap-tiap malam menangis ?
alahh inah, baru sweet 20. Rilek sudah. 5 tahun lagi nak
abeh degree. Tiba-tiba sepupu aku mencelah entah dari mana, “5 tahun ? alahh
sekejap jer, tak terase pun”
Aku kembali nerbes. Nerbes dia mcam tukang masak iron chef menunggu
keputusan juri.
Bila cakap pasai kawen, semua orang senyum. tapi malangnya tak ramai yg berminat nak cakap pasal batu nisan or harga promosi kain kapan. Hermmphh. Aku masih belum bersedia nak menjengah alam dewasa. Haritu dah kena ceramah dgn kakak, pompuan tak elok kawen lambat, jadi fitnah bla-bla. kalau la dia mengerti betapa kerasnya hati aku ni.
Aku masih berdiri tegak dan jari menunjuk peace dgn muka
gembira sperti kanak-kanak baru dapat aiskrim. Aku masih bergembira dok dengan
kawan-kawan dari zaman skolah rendah smpai unibersiti.
Aku masih sayangkan study laws walaupun aku tahu otak aku akan berat dengan hafalan dan bacaan yg membabi buta, selalunya tak paham pun buku tu cakap ape.
Aku masih sayangkan youngers aku, kadang2 kena ajak solat,
ajar mengaji, tolong iron kan baju sekolah, tengok one piece same-same. Aku masih
sayangkan otosan n mama, senyuman dan ketawa deme sudah cukup utk buat aku
gembira.
Aku tak mahu jadi dewasa. Aku tak reti. Aku takut nak hadapi
semua ni. mungkin ini coretan bodo sekarang, kalau aku bace 5 tahun lagi konpem
gelak sambil breakdance.
Tapi takpelah, ini entri blog aku, suka hati aku la nak tulis ape. 2 Miku Slippers | Fly with miku |