mesin atm dan maggi
Pernah x sometimes terpikir .. Allah dengar ke doa aku ?
apesal the worst thing keeps happening ? mcam x makbul je doa aku .. aku nak
cter sikit ah pngalaman aku kan. Dan sjak dari tu ak sangat2 believe Allah tu x
pernah abaikan kita, as his servants. Huhuu.
One day mase tu awal2 sem satu. Dan elaun still belum masuk.
Tapi my dad dah mesej bagitau duit rm 200 dah transfer ke akaun aku. Alhamdulillah.
Then waktu pagi tu sebelum gi kelas, ak nak cucuk duit. Bukan pakai lidi sate,
tp pakai kad ATM lahh. Dengan x semena2 kad ak tersekat. Dan dia suruh aku
rujuk bank muamalat yg terdekat. Aku pun senyum je .... What the Hell ???????
Aku gagau2 purse biru, alahai. Tinggal rm 10 je lagi. Ak pun
menyabarkan diri dan masuk kelas ICT mcam biasa. Abeh je kelas, brother kelas
keluar, aku terbang merata2 sambil merengus. Rambut gerbang macam kak limah,
baju aku jadi koyak rabak. Perghh marah siot ! kawan2 ak menyabarkan aku sambil
pujuk, jumaat ni kitorang ikot pergi bank muamalat. Dekat je kat seksyen 12.
Memang la dekat wuu. Tapi duit tinggal rm 10. Harini hari
isnin. Nak tunggu sampai hari jumaat, ate mangkor ler teman. Nak makan ape ni ?
Nak bayar tambang teksi lagi pergi sana dah berapa. Then nak buat kad baru tu
dah berapa. Hari itu aku sangat berapi2 seperti kim jong kook mengejar kwang
soo. Tapi kawan aku cakap mcam bezita jadi super saiya. tapi aku bersabar ..
Balik kelas, ak pergi kiosk dan borong bungkusan maggi paling
banyak. beli 5 percuma 1. Bukan x boleh nak pinjam duit kawan, tapi x suka lah
berhutang2 ni. maklumlah banyak minum air mandian semut. Entah apa dibubuh 7
jenis pasu bunga dalam tu, aku selalu cepat lupa. lagipun deme semua bukan
berduit sangat. Ye lah elaun x masuk lagi. dalam hati waktu tu aku dah benar2
redha. Lantaklah makan maggi seminggu pun. aku harus survive ! aku harus !
Barulah rasa sikit kesusahan org bersamamu dan bersamaku. Barulah
rasa jadi anak perantauan. Aku benar2 redha. Aku serah je semua kat Allah. Semoga
dengan makan maggi ni dapatlah sambung nyawa aku 5 hari ni. Kalau ini yg
terbaik untukku aku terima je lah. boleh aku diet sikit kan. Hahah ..
Pada pagi jumaat tu, pagi yg sangat diberkati. Cuaca pun
elok, matahari gak tersenyum lebar padaku. dan Ustat sudan pun sangat comel mukanya. my
dad tiba2 call lepas habis kelas. My dad cakap dia ada kat KL skang... Nak abah datang
uia Pj ke ? .. masa tu aku rasa kelas annex tu tiba2 jadi berbunga2. siap ada lampu lip lap lagi. Dinding yg
capuk warnanya mcam gigi x gosok tu pun aku rasa mcam tiba2 diselaputi marmar. aku pun menjerit sekalian
alam !! wahh bapak aku nak datang ! ya Allah bersyukurnyaa ~~ sobs ..
Dah la duit tinggai syiling je. gambar IC dalam purse aku
pun buat muka masam je. sebab hati aku tengah sedih. dan aku baru bercadang nak
pergi bank buat kad. ya Allah .. mase tu aku betul2 nampak kasih sayang Allah
pada aku.
Selama ni aku selalu x sedar. Betullah orang kata .. “Allah
x kan membiarkan hamba2nya dalam kesusahan” .. Allah dah kabulkan doa aku yg
teraniaya dek mesin AtM yg sungguh kepala hutak tu. Walaupun die x de kepala
dan otak. Huhu. Allah sentiasa ada
bersama kita. Cuma kita yg membutakan mata dan x bersyukur dengan apa yg Allah
dah bagi.
Rm 100 yg bapak bagi tu tahanlah 2 minggu lebih. Dan aku
boleh pergi ke bank lambat sikit memandangkan that week aku sangat busy. Wuu betapa
aku sangat bersyukur. Oleh itu sedara sedari cikebum cikebum sekalian ..
janganlah kita lupa bahawa Allah sentiasa sayang hamba2nya.
Kan Allah dah janji dalam Qur’an .. ُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
Yg bermaksud : mintalah kepadaku (Allah), nescaya aku
perkenankan. Allah itu Maha segala Maha. X kan pernah mengecewakan his
servants. Percayalah kepada janji Allah. dan doa itu jugak bukan semasa kita minta apa2 hajat. tp doa itu juga sbagai tanda syukur kita pada Allah :) Actually, kita berdoa mintak itu ini kadang2 x dapat bukan sebab Allah x makbulkan. Tapi ada 3 sebab :
Jadi jangan pernah putus asa berdoa kepada Allah. Indeed putus
asa dengan rahmat Allah tu bukanlah sifat org beriman. Nauzubillah. Sebelum terlupa
.. mari cek sebab musabab yg menyebabkan doa tidak dimakbulkan, antaranya :
«
Pakaian, makanan adalah
dari sumber haram dan syubhah
«
Tidak mulakan berdoa dengan
selawat keatas Nabi
«
Berdoa dalam keadaan
tergesa2 dan x bersungguh2
Itu saja harini. Assalamualaikum :)
0 Miku Slippers | Fly with miku |