m iku l icious


HOME ABOUT LINKS STUFF FOLO DASH

peduli hal orang
aku tahu kepala aku keras, diketuk guna tukul besi aku membalas dengan penampar. tapi ego bukan terletak di kepala. ia terletak dalam hati. siapa boleh sangka orang yg cool pun boleh ego, siapa yg boleh jangka orang yg nampak diam pun tinggi ego. siapa yg x boleh buat apa2 tu sila duduk di barisan tepi sekali. jangan masuk campur hal orang dewasa.

tak faham dengan diri sendiri itu typical aku. kadang2 aku dengan mudahnya terima teguran orang. kadang2 aku sakit dalam hati tapi lepas tu besok lusa baru boleh terima. 



tak mesti kawan yg aku rapat, tak mesti kawan yg aku selalu gaduh, tak mesti kawan yg aku x berapa rapat. dia bergantung pada situasi dan cara orang tu menegur. Oleh itu, perlu jugak memahami Mad'u sebelum mmperbetulkannya.


cara teguran boleh diterima dengan mudah ialah cakap depan2, nada suara yg rendah, tatap mata. dari mata orang kata jatuh ke hati, itu ayat jiwang kepala hutak tapi boleh pakai juga. 

seperkara lagi, kalau aku memang suruh orang tu untuk tegur aku, maka aku akan campak ego aku ke dalam lautan bahtera tak bertepi, tapi berombak. aku akan dengar dan baiklah saje.

adapun kalau dia tegur dengan cara marah atau perli, maka aku pun melenting sekali. kilat sabung menyabung, guruh berdentum2, hujan lebat membasahi bumi, seorang budak lelaki sedang bermain viola. *ini semua hanya background effect saje. takde kaitan pun*. lepas sesi pelentingan tu, aku biasanya akan diam lama.

masa tu baru aku fikir dengan waras, pasal tadi marah memang dikawal oleh syaitan yg tidak waras. adapun keadaan aku x melenting, tapi aku pendam dalam hati sanubari yg berkunci, lengkap dengan pengawal keselamatan yg suka tahan student pakai seluar jeans seperti di Uia.

masa itulah air mata memainkan peranan. biasalah hati perempuan, seganas2 mana pun dia, pasti mudah juga menghujani pipinya. justeru para lelaki, janganlah sewenang2 nya bermain dengan hati perempuan. 

sakit hatinya daripada sehari boleh jadi 100 hari, merajuk dia daripada musim tengkujuh boleh smpai musim jualan baju bundle mendapat sambutan. tapi bila dia rasa bahagia dia rasa mcam dia itu femes mcam shila amzah. 




lagi satu yg x patut berlaku, jangan tegur orang dengan cara memalukan dia. lebih baik tegur secara individual. klau nak buat secara umum, jangan mention nama atau buat orang lain tahu dia adalah pesalahnya. 

Dan tak perlu nak memperli orang kalau diri tu pun bukan malaikat. terus terang cakap. Mad'u takkan pernah suka cara ini. bear in mind. tapi klau buat gurau2 perli dengan member, itu cerita belakang pintu bilik lah.

secara summary, tegurlah aku dan orang lain dengan cara yg terbaik. jangan hanya pikir nak memenuhi kewajipan dakwah terhadap Mad'u, tanpa mengambil kira perasaan dia. Mad'u is a human being. not a stupid boneka who doesn't have feeling.




0 Miku Slippers | Fly with miku