m iku l icious


HOME ABOUT LINKS STUFF FOLO DASH

Manusia ni ..
malang sungguh bagi orang yang tidak mahu mencari kebenaran, tidak mahu menerimanya dan tidak mahu menggunakan akal mereka sebaik-baiknya.

akal has a critical relation with ilmu. ilmu yg membezakan kita dan mengangkat darjat kita sebagai khalifah dibumi, malah lebih tinggi dari para malaikat. Allah telah berfirman dalam Quran "sesungguhnya Aku ciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian"

oleh itu, aku sangat pelik dengan segelintar manusia yg berlagak seolah2 pandai menentukan kafir nya seseorang. berlagak seolah2 dialah yg lebih mulia disisi Allah, menghina golongan berilmu. padahal perintah Allah yg wajib keatas dirinya pun banyak lagi yg tdak tertunai. kenapalah dengan manusia zaman skarang ni ..




terus terang saya katakan saya mmg trsangat kecewa dngan sikap kita terhadap para ulama'. adakah kita cuba berlagak menjadi Tuhan ? walhal Tuhan sendiri telah mengangkat darjat orang2 yg berilmu, dipermudahkan jalannya ke syurga, serta didoakan keampunannya oleh semua makhluk di muka bumi ni.

seperti dalam hadis Rasulullah (SAW) .. Sesungguhnya Allah dan para Malaikat, serta semua makhluk di langit dan di bumi, sampai semut dalam lubangnya dan ikan (di lautan), benar-benar bershalawat/mendoakan kebaikan bagi orang yang mengajarkan kebaikan (ilmu agama) kepada manusia

ingin saya highlight disini .. title ulama' itu bukanlah satu penghargaan yg sama tarafnya dngan pangkat Dato', Dato Seri, YB dan sebagainya. Ia tdak perlukan certificate untuk mengesahkan beliau deserve or not to be ulama'. kene tengok pada asal perkataan Ulama' itu sendiri. Ia sebenarnya adalah prkataan dalam bahasa arab, iaitu Jamak kpd prkataan 'Alim. yg brmaksud orang yg mmpunyai banyak ilmu. 

Tak kenal maka kita tkkan tahu. saya mmpunyai ramai kenalan terutama dari rakyat negeri kelantan yg mengatakan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat itu sememangnya seorang guru. Beliau mengajar di beberapa sekolah agama, selain berpengetahuan luas dalam bidang agama. menurut beberapa website yg dipercayai, 30 juzuk al-Qur'an sudah pun tersemat di dalam dadanya. Masya Allah.

Mari sejenak kita berfikir, bagaimana kah logiknya orang yg hafaz al-Quran 30 juzuk, boleh jadi nyanyuk ? ... bagaimana kah beliau yg sangat faqih dalam ilmu agama, mempunyai ramai pelajar di sekolah2 pondok .. boleh dikatakan bapa kekafiran ? ... dimanakah relevannya beliau yg menjaga sunnah Nabi, sentiasa memakai jubah dan serban .. berniat untuk mengkucar-kacirkan umat Islam ?

kalaulah ada pihak yg kata, alaah. bersembunyi di bawah serban dan jubah. 
jadi .. nak kata benda yg sama lah kepada Ustaz Don Daniyal dan lain2 guru agama .. yang sentiasa pakai serban dan jubah tu .. mereka pun bersembunyi di bawah pakaian jugaklah ye ? 

.. kenapalah nak jadi sensitif sbb dikatakan sebagai haiwan ? padahal dalam peribahasa melayu kita sendiri pun kasar perumpamaannya. seperti anjing dengan kucing, seperti kera mendapat bunga, seperti anjing dngan bayang2, seperti ayam berak kapur .. dan banyak lagi. seriuss saya rasa ini memang tdak masuk akal.

saya tk berniat ingin cakap soal politik. tapi isi saya ini 100% ingin mengajak anda supaya perbetulkan persepsi trhadap seseorang. lebih2 lagi tokoh ugama. kita ini yang ilmu pun tdak cukup mana, perangai pun belum tentu baik, pergi masjid pun malas, ibadah pun x berapa sempurna .. sudah pandai menyamakan ulama' dengan khinzir ? ya Allah ..

saya sungguh tk faham dngan mentaliti orang kita. gemar mempangkah seseorang itu, mengatakan yg buruk2 tentang dia, tanpa kita siasat pun dulu asal usul dia. without KNOWLEDGE. hanya mengata membabi buta. dan menerima bulat2 cerita-cerita yg palsu tentang dia. 

kalaulah pun dia memang ada beberapa kelemahan dan khilaf. tak perlulah kita memberitahu kepada orang lain. beranikah kita menghadapi azab Allah diakhirat kelak, hanya kerana kita menyebarkan aib seseorang ? janji Allah itu pasti. Aib kita juga akan dipertonton kan di padang mahsyar kelak. nauzubillah ..



0 Miku Slippers | Fly with miku