m iku l icious


HOME ABOUT LINKS STUFF FOLO DASH

TYPICAL
bagi aku, aku lebih suka jadi lain daripada orang lain. sebab aku memang dari dulu seorang yg pelik, ape orang suka buat, aku tak suka buat. dan sebaliknya. maka aku decide diri aku untuk tidak join buat sekali benda2 yg orang dah biasa buat.

aku dah nak masuk 21, dan ini apa yang aku biasa nampak.


biasanya typically laki pompuan, bila dah suka sama suka, mesti contact selalu, jumpa2, kalau tak pon, saling balas komen kat facebook, laki post kat wall pompuan, pompuan post kat wall laki. forward2 whatsapp islamik, kononnya dia ingatkan kita, kita ingatkan dia.


even hubungan laki dengan pompuan tu tahap family masing2 dah tahu, dah restu, cuma tunggu masa je nak akad (kebanyakannya sebab tak abis belajar lagi). bagi aku, aku sangatlah tak prefer benda2 macam tu berlaku antara laki dengan pompuan.


even ulama' tak gariskan panduan jelas apa hukum message laki pompuan, contact selalu, tapi basically kita kena tahu dan paham bahawa kalau hubungan laki pompuan adalah jalan yg paling mudah syaitan nak masuk mencucuk2. lagi pulak, masing2 dah ada perasaan.


even kita rasa sentiasa selamat, takpe duduk jauh, bukan jumpa selalu, takde berlaku zina ke ape, tapi yang basic itu kita patut tahu. syaitan boleh datang banyak masa untuk hasut supaya jauhkan diri daripada Tuhan, dan ingat terkenang2 je kat dia selalu.


apa patut buat?


bagi aku, kalau dah suka laki pompuan tu, cara yang sebaiknya, eloklah berlandaskan Tuhan dalam apa2 tindakan kita. tak salah kalau kita sama2 merancang, nak kawen bila, nak graduate bila, laki tunggu pompuan, pompuan tunggu laki.


tapi tak perlulah lebih2. just be moderate. dalam dunia ni bukan kau sorang yg pernah bercinta. bukan kau sorang yg ada orang chop, ada orang suka. so tak perlulah nak berbangga2, gembar-gemburkan dalam kalangan kawan2, sebab status masih "belum apa-apa". even dah tunang pun, laki tu belum konfem jadi suami awak pun. and pompuan tu belum konfem jadi bini hang pun.


bagi aku, bila datang benda2 macam ni, adalah untuk menguji kita tahap kematangan kita dan dalam masa yg sama, bagaimana kita nak handle it as something yg Tuhan tak marah.


kematangan dan Tuhan.


first kematangan. status berkawan laki pompuan dalam context serious, bukan sesuatu yg boleh make it as joke among friends. it is something that we should handle with maturity, bermakna selagi belum ada apa2 ikatan, tak perlu lebih2. jadi segala perbuatan2 yg saya cakap tadi, contact selalu, jumpa2, keluar makan sekali, main like2 photo, ingatkan dia benda2 islamik, adalah perbuatan2 yg tak matang.


lagi satu, cara kita pandang atau handle feeling tu. adakah ia masalah yg membebankan kita, atau ia motivasi supaya kita lagi semangat nak belajar (konon), atau keperluan sebab memang tengah cari seorang teman, atau ujian sebab kita selama ni kita tak pernah cakna pun isu feeling kat budak laki ni. dalam family pun ade apak sorang tu je laki.


second Tuhan marah ke tak. betapalah kita suka sangat kat dia pun, family restu ke ape, by hook or by crook, antara laki dengan pompuan tu still takde ikatan ape2. itu realiti dan fakta yg kena terima. jadi macam saya cakap, Tuhan bagi nikmat feeling suka tu kat kita, one side nak uji kita jugak. 


macam mana cara kita hargai dan handle nikmat tu. hukum asalnya feeling tu harus, sebab fitrah. tapi bila salah guna, feeling tu boleh jadi haram.

tak perlu nafikan pun feeling tu, just accept dengan hati terbuka dan sedarlah bahawa, "anda sudah dewasa". even perangai macam budak2 lagi, tapi bak kata kakak aku, bila dah masuk umur 20 tahun tu sebenarnya dah dewasa. 


setiap perkara adalah nikmat dari Tuhan, dan setiap nikmat dalam hidup kita mesti ada sebab atau hikmah. jadi kalau kita kaitkan kematangan dan hikmah tentang feeling ni, kita boleh simpulkan sebagai, 

"Allah bagi aku rasa suka kat dia sebab nak tengok macam mana aku terima benda ni, sebagai masalah dalam hidup ke, motivasi ke, keperluan ke, atau ujian. dan okay kalau aku terima, macam mana nak buat supaya Allah tak marah"

sepatutnya.


sepatutnya once bila laki pompuan sedar yang deme masing2 suka, sepanjang berkawan tu, doa banyak2 kat Tuhan, solat istikharah. mintak Dia tunjukkan apa yang terbaik, kalau rasa yakin, tetapkan hati atas niat yang sama.

macam aku cakap tadi, berlandaskan Tuhan dalam apa2 tindakan. benda macam ni kita nampak kecik, tapi sebenarnya inilah yg menjaga kita daripada perkara2 tak elok, demi masa akan datang. barulah marriage yg betui korang nak capai satu masa nanti diberkati. marriage tu kan benda yg baik, suci, dan elok. jadi kena protect betul2 benda tu.


rindu atau teringat tu benda normal, manusia. tapi kena kawal. kalau nak teringat2 kat dia tu, istighfar dan ingat Tuhan balik. kot mana suka kita kat dia pun, si laki tu, si pompuan tu, dia tetap seorang makhluk Tuhan. 


jadi semua makhluk, yang menjaganya adalah Tuhan. doalah kat Tuhan. tak perlu segan, kalau suka sangat, cerita je abis2 kat Tuhan. bukan Dia tak tahu. Dia yang bagi feeling tu.

kesimpulan.


terpulanglah apa cara yang kome nak pilih, nak handle hubungan laki pompuan tu. cuma pada pandangan aku, lebih baik kalau tak buat benda yg typical orang bercinta selalu buat. tak best lah tiru orang lain. cuba buat gaya kita. sekali sekala jadi weird pun bagus jugak.



0 Miku Slippers | Fly with miku