sister hantu
biasa lah dah hari kedua taaruf week, semua orang dah pandai rebut peluang nak duduk seat atas supaya dapat tidor dengan enak dan lazat berkrim.
Bukan salah krim, kami penat nak mampuih sampai tidor2 dalam
dewan, bukan jugak salah briefing speaker yg berpangkat professor dan dato tu,
tapi ini semua salah committee disiplin.
Bukan programme coordinator ke yg susun jadual ? lantak lah aku nak put all the blames to them.
Seat bawah bukan takde. tapi kerusi dia bila duduk, jadi
senget. Kalau tanya ayam nak bertelur kat situ pun mesti dia tak mahu.
Maybe depa pikir orang nak main gelongsor mase dengar
briefing. Committee biasanya bagi penuh bawah dulu, then baru atas. Sebab tu
ramai orang biasanya nak datang lambat.
Peristiwa lucu itu pada waktu malam. masa dalam perjalanan
nak pergi dengar talk “kepimpinan dan isu2 semasa”. aku dan member2 yg nakal
‘geramnye rase nak cubit taw’ bercadang nak duduk seat atas.
Toleh ke belakang, ramai lagii.
tiba2 hasnina mencadangkan supaya kami menyorok di belakang tangga. Kang kalau tunggu je tepi kene shower dengan committee disiplin. Abis merecik.
Aku mula2 malas, tapi pastu ikot je lar menyorok. Bukannye
kitorang nak ponteng pun, just nak masuk lambat je.
5 minit jugak kot lepak situ. Agak dah senyap takde bunyik kasut orang, aku pun menjengah ..
“nina2 .. dah takde orang dah” sepontan sepantas kilat
sepohon kayu aku bersuara.
“kat sini ade ..”
tiba2 muncul suara dari atas kepala aku. huishh sape bersemayam
atas kepala aku ni !
macam ade bunyik jeng jeng jeng tiba2, tanda sudah kantoi.
Sister committee disipilin yg amat dibenci ramai tu is up there !
aku rase otak aku tak bagi response lagi kat kaki supaya blah
dari situ, tapi entah tak semena-mena aku naik tangga terus menuju ke dewan.
Khairiyah adibah yg speechless pun ikot je.
malu pulak rasenye hahaha. Aku toleh ke belakang, jauh disana
nampak member2 aku jalan laju sambil buat muka dua posen sebab dah kantoi
jugak. Jangan tanya aku muka dua posen camne, tanya money changer lebih arif.
Masuk dewan perut dah tak tahan sangat, kahkahkahkah kelakor
sungguh. Macam mane lah boleh kantoi. Rupanya committee disiplin tu terdengor
deme 4 orang sembang2 kat situ.
Sejurus aku cakap,
“macam hantu sister committe disiplin tu ! dah la baju serba hitam semua ...”
Bukan baju jer macam hantu, tapi sikap pun macam hantu actually.
Semalam tu aku kena tahan sebab tak pakai kasut hitam. Dah la marah2 macam aku ni budak kecik. Memang mintak kaki untuk dibersihkan.
Why put all the blames to me n others yg kena tahan ?
padahal masa dapat offer letter, takde pulak dia tulih time taaruf week
kena pakai stoking dan kasut kaler apa. Dah tu sekarang nak suruh kitorang beli
baru la, pinjam member la.
Ingat ada masa nak pergi kedai ? ingat ada masa nak balik
mahallah ? ingat aku ada banyak duit ? Walaupun aku sebut money changer kat
awal2 entri tadi, tak mesti aku banyak duit.
Dah la masa hari pertama, aku nak jumpa abang pun dia tak
bagi. Insecure lah konon. Partner dia si brother pun sama ja, buat muka
garang berkerutt seolah2 red blood cell tak lalu kat muka dia.
Bengang serious. Sepanjang taaruf week memang aku tak
pandang muka deme, dan tutup telinga je waktu deme shower. Jangan salahkan
committee lain kalau taaruf week kali ni tak best, tapi ini semua salah
committee disiplin brother sister tu.
Tanya lar semua orang pasti setuju dengan aku. Yer la deme nak
jalankan amanah aku tawu, tapi lantak aku lah nak mengutuk deme, ini entri belog
aku.
macam best jer menyorok2 ni kan. hahaha nak buat lagi lah ~
0 Miku Slippers | Fly with miku |