titik je lar banyak
Hari itu aku melepap secara haram di cfs. Hari jumaat member
aku mesej ajak pegi talaqqi ust Muhadir Joll kat Kelana Jaya. Aku rase x pernah
join program camni,
Member darul Quran aku sorang je, call her N. Tapi biasaklah
model air liur seperti aku ni, tak janggal menyembang dgn member2 dia yg lain
walaupun baru kenal.
Sampai je aku kat destinasi, N tu salam2 dengan budak Darul
Quran lain yg datang satu bas mok hang ke tempat tu.
Aku terasa macam ................. bila duduk
dikalangan golongan warak camtu. salam jer la dengan deme sekali
Syok jugak belajar kitab nasihat imam Al-Ghazali. ust punya
muqaddimah pun dah setengah jam. jadi ustat sempat abeh 7 nasihat saje. tu pun jenuh bergaduh dengan setan dok bergayut kat mata --'
Sementara tunggu seseorang, nampak ramai budak2 darul Quran sembang2.
Sumpah aku terase macam ............... sembang
kencang pun, tapi gaya punya lar sopan
Jalan pulang ke LRT Kelana Jaya naik teksi. pakcik teksi
tambang rm7.60 tapi berceramah siap dalil ayat Quran lagi dalam teksi.
Ternganga aku. turun je kereta rase lapar gila perut.
Dah jalan jauh hampir sampai ke train LRT, tiba2 deme ajak
makan dulu kat restoran mane2. Yg nampak kat mata, restoran kat seberang jalan. Alamakk penatnya ! getus hati aku.
Time penat camtu tiba2 terkeluar jugak perangai sebenar.
Haaaa kauu. Tiba2 sorang member si N tegur, “ishh mutmainnah .. sopanlah sikit”
alamak aihh. aku terase macam ................. tapi
aku x de lar terguris, sebab aku rapat jugak dengan budak yg tegur tu
Lepas makan aku dengar2 deme cakap nak stop solat zuhur kat
surau LRT tu. Aku pun angguk jer.
aku terase macam ................. kalau aku balik
solat kat uia jer. Aku salu pikir lagi senang n selesa semua laa. Awal pun lagi
skg ni.
semua dah ambik wudhu, maju ke depan sorang member si N,
Jadi imam.
aku terasa macam ................. kalau aku kat tempat2 awam camni mane pikir
nak solat jemaah
Sebelum nak berambus dari surau, ehh nanti kene tegur lagi,
okay sebelum nak keluar dari surau, nampak deme salam2 makcik yg datang solat
sekali kat situ.
aku terase macam ................. kalau aku tak
pernah terdetik kot nak buat camtu
Sepanjang dalam train LRT nak balik, deme budak2 darul Quran
sembang pasai isu kalimah Allah. Tukar2 pendapat.
Aku terase macam ................ kalau aku xde la
sembang ilmiah time camni, mata terkedip2 je la sebab penat
Balik sampai je kat uia tiba2 terfikir ... ko ke yg pergi keluar tadi tu Aoi Minah ???
Gaya bergaul sembang pun sopan, jumpa sape2 pun salam
berdakap siap berselawat, al Quran sentiasa kat tangan, muka penuh senyuman,
aku buat perangai sikit pun depa tegur, solat awal waktu siap berjemaah lagi, siap salam dengan orang lain dalam surau, dalam LRT pun boleh carik masa nak share bende ilmiah.
Deep sungguh terasa sangat jauh berbeza dengan diri aku. Sangat
pelik dan janggal rasanya mingle dengan deme. Aku tak sampai tahap tu lagi.
Sangat bagus lar budak2 macam ni. boleh laa kalau nak
rekemen, sejuk perut mak mertua. Tapi jangan rekemen aku, sejuk menggigil mak
mertua.
0 Miku Slippers | Fly with miku |