m iku l icious


HOME ABOUT LINKS STUFF FOLO DASH

pria sulawesi & primadona majapahit
suatu hari yg syahdu bunyinya, seekor ayam betina kacukan kerajaan majapahit bersiar2 dengan happy. happy dia bukan seperti biasa, happy dia tahap kalau tengok muka mr bean, dia ckap seiras dgn aaron aziz. gembira setelah dapat tahu ayam jantan yg sngat digilainya itu turut menyimpan perasaan terhadapnya.

raut wajah si jantan yg agak tampan, klau ditampar pun x meninggalkan lekuk. ditambah secebis dedak menempel di kening kiri, dengan taji yg terukir tanda tangan david beckham, membuatkan ayam2 betina di Kampung Seri Ampang A tk boleh tidor malam.

niat ayam betina pagi tu on the way nak ke rumah ayam jantan tu. tapi kali ini dia sengaja ikot jalan jauh, sebab nak stop beli kuih kat tepi jalan. sedang berbisnes karipap itu .. tiba2 melintas sekumpulan teruna itik2 serati. dan2 je kan, nak jadikan citerlah tu.



ayam betina jadi menggelabah. jantung berdegup kencang .. mcam pengalaman first2 belajar naik basikal. dia punya langkah pun besar, tiba2 tersadung batu. abeh tercampak sume kuih2 yg dibeli, bersepaian di tanah. tiba2 salah seekor teruna dari kumpulan itik2 serati tersebut menghulurkan kepak utk mmbantu ayam tu bangun.

ayam tersipu2. itik itu lantas membelikannya semua stok karipap yg ada kt situ sebagai ganti. siap dengan kenyitan mata lagi, dan bagi no matric . no matric je mampu, no fon dah kene block.

ayam betina jadi x tentu hala. sangat terharu dgn tindakan macho itik teruna itu. meskipun spesies berlainan, namun klau dah cinta siapa yg boleh halang. dah terpikat betul dia. aku syak itik teruna tu pakai minyak pengasih, barangkali made in laut sulawesi pasal dia pun berasal dari situ.

suatu hari yg angin sepoi bahasa, kadang2 bahasa arab, kadang2 bahasa english slang punjabi, ayam betina tu tekad nak lari dari rumah. nak berada disisi itik laut sulawesi tersebut. dia pun terbang masuk sampai rumah si itik sulawesi. itik itu terkejut, sungguh x menyangka bahawa ayam betina itu sanggup buat apa saja demi dia.

itik sulawesi pun bercadang ingin memetik bunga kat tepi semak, mencabut daun lalang belakang rumah. dia introduce ayam betina kat sume ahli keluarganya. "ducks family". ayam ditegur ramah oleh adik perempuan si itik sulawesi tu. tapi adiknya lahir kat kerajaan Champa. Jangan tanya ak kenapa, ak tak hebat sejarah.

semakin hari semakin rapat. ayam jantan yg kat awal2 cter tadi,  jadi kurus kontang kerana x lalu makan. mengenangkan ayam betina yg dia sayang lari kat balak lain. lain spesies plak tu. tapi dia terpaksa akur sebab sbenarnya dia ade hutang besar dgn itik teruna sulawesi tersebut. hutang 5 kali kenyang makan kat kedai dedak.

suatu hari dimana matahari menjadi sngat panas kerana diprovoke, ayam betina sedang asyik bersembang dgn itik perempuan kerajaan Champa itu. topik biasa, tentang lokasi2 butik pakaian fesyen terkini. tiba2 datang seorang manusia yg kulitnya mulus dan sangat pakar kerja2 dapur ni *mak aku lar tu*, menghambat ayam betina itu sehambat mungkin.

tak tahu kemana lagi mahu berlari, dia terpaksa terbang jauh sampai keluar kawasan rumah tersebut. manusia itu seraya berkata, "balik lar kat tuan ko .. x yah ler gatai nak kawin dgn itik aku". pedih hati ayam betina. tapi mujur dia tinggalkn no matric kat itik jantan sulawesi tu, dapat lar contact semula.

3 hari kemudian, manusia berkulit mulus itu menggaru2 pelik. masih tercongok rupanya ayam betina haritu. siap dating main suap2 kek lagi dgn itik jantan. banyak kali dia menghalau, namun kejadian yg sama berlaku. manusia itu sudah malas nak ambik port, dia akur dan mengiktiraf hubungan mesra antara ayam betina majapahit dan itik laut sulawesi kepunyaannya.

sebulan kemudian, ayam betina bertelur. aku tak tahu bagaimana dan apa rupa anak yg bakal tubit nanti. aku hanya mampu buat muka (=__=)' hubungan yg erat antara ayam betina dan "ducks family" menyebabkan lahir 1 kerjasama yg hebat, ak x tau lar kat tempat lain dah ade ke, tapi inilah hasilnya ..


ayam dan itik2 betina saling menjaga telur sesama mereka ! biarpun spesies lain, tapi sanggup itik tak makan tolong ngeram telur ayam tu. dan sanggup ayam memanaskan telur si itik sewaktu itik pergi membeli barang2 dapur. aku nak tergelak sebenarnya. tapi dah terlepas pun, hahahhhahaha. pelik2 fenomena kat rumah aku ni.

itu belum lagi campur dengan kucing kembar kaler kelabu. cara hidup nomad, sering berpindah randah untuk mencari sesuap nasik. kadang2 demand jugak, nak ikan saje. tiap2 hari lepak kat rumah aku, menanti saat2 aku bagi makan itik. nak join sekaki lah tu. eh silap, deme ade 4 kaki.

ate kalau dah memang rumah ak xde hapah pun time tu, ditambah plak ugutan bengis dari aku dengan buku lima, dengan ancaman kene tarik ekor oleh adik aku, pergi lar carik rumah lain. ni tak, sanggup lagi nak datang esok harinya.

jadi mula timbul spekulasi aku terhadap deme, jangan2 ada scandal lagi dngan itik2 aku. klau tak sebab karipap terjatuh, boleh jadi plak sebab gigi palsu terjatuh. mak aku pening tak tahu nak buat ape dngan ayam betina tu. nak bagi kat tuan dia, tak tahu siapa. tapi yg paling obvious, itik aku terlebih dahulu pakar dalam bab2 ini sebelum tuannya. tuannya masih kekal single :3 hahahaaha.




0 Miku Slippers | Fly with miku