m iku l icious


HOME ABOUT LINKS STUFF FOLO DASH

KUKUH
Sepanjang 21 tahun bernafas kat muka bumi ni, terlalu banyak benda pelik yang terjadi kat diri aku. Tak sedar pun. Tapi bila lama2 fikir, aku mula mencari2 realiti, apa sebenarnya yang membuatkan aku kukuh sampai sekarang ?

kata orang, mak adalah segala-galanya dari A sampai Z. Terus-Terang aku kata, aku langsung tak dapat memahami, dan tak dapat bayangkan pun macam manalah besarnya pengaruh mak dalam hidup. Banyak kali aku pelik, bukan sekali dua.

Aku ni sekolah asrama. Banyak main dengan member je lah. Ada sekali time spm, sorang member aku mak dia datang melawat beberapa jam sebelum mula paper spm. Pagi2 buta pulak tu. Bila member2 lain tahu, otometik semua kata “bestnyaa mak datang”. Aku pelik ah. Best ke mak datang melawat ? cemane rasanya eh ?

Bukan itu je. Most of the time aku tengok orang lain tiap2 hari bergayut kat public phone, tepon mak. Even benda TERSANGATlah kecik, macam tadi jatuh tangga, ada orang curik sabun mandi, kena marah dengan cikgu, harini makan kari ikan, semuaaaa benda cerita kat mak. Aku pelik ah. Sehabis2 aku pun, citer kat budak dorm. Takpun diam je sensorang.

Satu lagi aku  pelik. Ada orang nak pergi kem, pergi lawatan, masuk pertandingan pun call nak mintak izin mak, mintak doa. Aku kalau duit takde, nak tanya benda besar2 atau nak balik rumah baru call. Itu pun bukan lama. Masuk 50 sen dan settle.

Pastu, aku ni jenih suka ambik cabaran. Aku cabar diri aku ambik kelas sains yang tough-nak-mampus tu. Stress belajar, study, kuiz, exam, jaga ranking. Tapi yang membuatkan aku pelik ....

Aku still boleh bawak subjek susah2 tu even aku hanya refer kat cikgu2 and member2 yang pro. Aku bermati2an study even family aku tak pernah suruh aku skor pun. Semangat datang dari mana entah aku tak tahu. Sebab, selalu aku tengok orang call mak dulu, mintak kata2 semangat, then baru study. Kalau rasa malas, call mak lagi, then datang lagi semangat. tapi berbeza dengan aku.

Dan sekarang bila aku masuk U, aku masih nampak situasi2 yang sama dalam kalangan member2. Cuma lain sikit ah, dulu bergayut kat public phone. Sekarang semua pakai smartphone sendiri. Hari2 tepon mak. Mak makan ape, mak sihat ke, mak esok nak exam, mak doakan adik, mak bagi semangat sikit, rasa malas nak study, mak mak mak mak !

Siap ada yang post dalam group facebook, “call mak terus semangat nak exam ! recharged !”
Aku pelik ah. Tapi diam sensorang je lah.  Aku buat style cam biasa.

Tup tap.

Sekarang aku sem dua di Ijazah. Aku rasa macam baru tersedar, dan aku mula tercari2. Apa sebenarnya yang sentiasa kuatkan hati aku ? yang buat aku semangat daripada dulu ? padahal subjek tu susah nak mampus kot. Dan masalah yang datang pun besar2. Tapi aku rasa okay je. Pikir punya pikir ... 



Nah ! Selama 21 tahun hidup aku dok baca 17 kali dalam solat, rupanya baru sekarang tersedar, baru sekarang jumpa jawapan. Patut lah aku semedang rasa pelik. Aku tak boleh rasa macam mana orang lain rasa, sebab aku tak sama dengan orang lain. Rupanya Tuhan yang tolong aku selama ini. SELAMA  KESUSAHAN INI.

Bersyukur sebab umi abah kenalkan aku kat Tuhan, dan aku tahu Dia lah punca segala kekuatan dan semangat aku. Dia takdirkan aku masuk asrama, supaya ramai kawan boleh support, susah senang lelah payah aku luahkan kat deme. Dia takdirkan keluarga aku besar, supaya ramai adik beradik boleh support, ambik pengalaman deme cemana nak hadapi masalah itu ini.

Bila aku masuk Universiti, aku jadi semakin matang dan boleh berdiri kukuh dengan sendiri. Dia jugak bagi member2 baru supaya aku boleh sebarkan semangat tu jugak kat deme. Dan dalam masa yang sama, deme pun tolong kekalkan semangat pada diri aku.
Allahh. Alhamdulillah.



Life is really great right ? :)

0 Miku Slippers | Fly with miku